Bidang juruelektrik telah menjadi satu keperluan penting di Malaysia. Aktiviti pemasangan dalam industri elektrik telah berkembang daripada mereka bentuk dan pembangunan produk pemasaran jenama tempatan ataupun pasaran serantau mahupun global. Kursus ini memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti pemasangan dan penyelenggaraan domestik dan industri elektrik. Latihan ini termasuk pendawaian satu dan tiga fasa, lukisan penyelenggaraan pendawaian, pemasangan motor dan kawalan motor, peralatan elektrik, pengujian, penyelenggaraan dan pentauliahan, fungsi penyeliaan dan papan tanda elektrik (neon) pemasangan dan penyelenggaraan.
KOD
EE-320-2:2012 / EE-320-3:2012
SYARAT KEMASUKAN
* warganegara malaysia
* berumur 16 – 30 tahun
* lepasan PMR, SPM ,STPM atau setaraf dengannya.
PENTAULIAHAN
Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK) , Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
PENSIJILAN
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3
TEMPOH | PENSIJILAN | KURSUS | PROSPEK KERJAYA |
12 Bulan OJT | Sijil |
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik - Tiga Fasa Tahap 3 (Three Phase Electrical Installation & Maintenance Level 3) |
Juruteknik Elektrik Industri Pendawai Pemasangan Industri Juruelektrik Industri |
12 Bulan | Sijil |
Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik - Satu Fasa Tahap 2 (Single Phase Electrical Installation & Maintenance Level 2) |
Juruteknik Elektrik Domestik Pendawai Pemasangan Domestik Juruelektrik Domestik |