Selamat datang ke Kolej Kemahiran Mentari
Mula ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai Pusat Komputer Mentari, kemudian pada tahun 2003 kami telah dinaiktaraf menjadi “Latihan Korporat” menjadikan Mentari Knowledge Base Sdn Bhd.
Selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menangani krisis kekurangan pekerja mahir dan krisis pengangguran di kalangan graduan dan belia. Pada tahun 2014 kami telah menubuhkan sebuah Kolej Kemahiran telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran ( JPK ), Kementerian Sumber Manusia Malaysia telah ditubuhkan dan di beri nama Kolej Kemahiran Mentari. Kolej kami menawarkan kursus-kursus yang dapat memantapkan kemahiran (skills) untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkompeten.
Penglibatan kami sejak 12 tahun yang lalu dalam bidang pendidikan dan latihan, kami telah menghasilkan hampir 3200 graduan samada pelajar lepasan SPM, pegawai mahupun kakitangan kerajaan. Ini membolehkan kami mempunyai sekumpulan tenaga pengajar kelas pertama dan perunding industri yang dapat menyediakan latihan yang berkesan, nasihat mengenai amalan industry dan pembangunan modal insan untuk memupuk bakat yang dimiliki berkembang dalam sesebuah organisasi.
Info
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pengambilan pelajar untuk sesi baru telah dibuka sila berhubung dengan kami bagi info lanjut.
Noor Jahn Binti Mohd Amin
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Saya mengucapkan selamat datang ke Laman Web Rasmi Kolej Kemahiran Mentari. Diharapkan maklumat yang dimuatkan di dalam laman web ini dapat memenuhi inspirasi pengunjung di dalam memperolehi maklumat penting dalam melahirkan tenaga kerja mahir.
Menyediakan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah yang diperlukan dalam industri hari ini.
Menyediakan pendidikan yang kukuh tertanam dengan persijilan kemahiran khusus yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Untuk memupuk konsep pembelajaran berterusan di klangan pelajar.
Untuk memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar kita untuk menjadi kreatif, inovatif dan berdaya tahan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran industri yang sentiasa berubah.
ALAMAT
KOLEJ KEMAHIRAN MENTARI
NO. 22 & 24 1ST & 3RD FLOOR,
JALAN MERSING, 86000 KLUANG,JOHOR
HUBUNGI KAMI
Laman Web:www.kolejskilmentari.edu.my
Email: admin@kolejskilmentari.edu.my
Pej: +607-7764455
Mob: +6012-7768209